Selasa, 7 Januari 2014

Panduan Membuat Kertas Kerja


Panduan 

        Sesuatu kertas kerja yang dibuat hendaklah memenuhi tema dan objektif program yang ingin dilaksanakan. Kertas kerja tersebut haruslah bersifat asli. Maknanya, kertas kerja tersebut belum pernah dibentangkan atau diterbitkan.

            Selain itu, setiap muka surat hendaklah diberi nombor. Ini bagi menjadikan kertas kerja tersebut teratur dan memudahkan pihak tertentu yang ingin membuat rujukan pada masa hadapan. Jangan menggunakan singkatan dalam penulisan kerana ini boleh mengelirukan pihak yang ingin melihat dan membaca  kertas kerja tersebut . Setiap jadual atau rajah hendaklah diberi tajuk.  Jadual atau rajah yang dimasukkan dalam teks hendaklah dimanfaatkan dalam penerangan.

Di samping itu, terdapat perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa membuat kertas kerja. Antaranya, elakkan menggabungkan dua rajah yang memberi penerangan yang berlainan. Akhir sekali, gunakan komputer untuk menaip kertas kerja dan menggunakan langkau yang sesuai. Ini bagi menunjukkan kertas kerja tersebut menarik dan memuaskan hati khususnya pihak yang terlibat untuk meluluskan kertas kerja tersebut.


Kandungan Kertas Kerja

Beberapa perkara perlu dibincangkan dalam sesuatu kertas kerja yang berkaitan dengan aktiviti kokurikulum adalah antaranya :

·         - Pendahuluan
·         - Objektif dan matlamat
·       -   Tema, tarikh , tempat dan tempoh pelaksanaan
·       -   Dif perasmian dan bilangan penyertaan dan kategori
·       -   Aturcara program / Jadual Kursus
·         - Bayaran dan syarat-syarat Penyertaan
·         - Jawatankuasa kerja dan jawatankuasa Kecil Pelaksanaan
·         - Perbelanjaan dan pendapatan
·         - Penutup dan Lampiran


Aplikasi  Kertas Kerja

Jika kita mempunyai sesuatu aktiviti atau projek yang ingin dijalankan, kertas kerja merupakan perkara pertama yang harus disiapkan sebagai langkah untuk mendapat persetujuan daripada pihak atasan untuk membenarkan kita menjalankan aktiviti yang dirancang itu.

Tajuk, rasional, objektif/matlamat, jangka masa diperlukan,kumpulan sasaran, andaian-andaian halangan yang mungkin timbul semasa membuat kajian/projek, sumber kewangan atau perbelanjaan yang diperlukan, penubuhan jawatankuasa,menentukan jadual tugas, haruslah dirancang dengan teliti.

Ini bermakna kertas kerja hendaklah disediakan dengan baik dan teliti khususnya untuk projek-projek yang memerlukan perbelanjaan yang besar seperti urusan yang melibatkan wang iaitu perniagaan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan