Isnin, 6 Januari 2014

Definisi Bencana Alam



Definsi bencana alam  adalah tidak begitu luas. Ini kerana ia hanya bertumpu pada satu perkara sahaja iaitu peristiwa yang boleh memusnahkan alam. Berikut merupakan definisi bencana dengan lebih mendalam.

Bencana  adalah  peristiwa  atau  rangkaian  peristiwa  yang  mengancam  dan mengganggu  kehidupan  masyarakat yang disebabkan oleh faktor alam mahupun faktor manusia sehingga mengakibatkan korban jiwa manusia, kerosakan alam sekitar, kerugian harta benda dan kesan psikologi. Selain itu, bencana juga boleh ditakrifkan sebagai  sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan kepada harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat.

            Walaubagaimanapun, dalam era serba moden ini pelbagai teknologi telah dibangunkan oleh para saintis dunia. Mereka telah mencipta pelbagai alatan berteknologi bagi meramal dan mengkaji sesuatu bencana yang bakal berlaku. Oleh yang demikian, bencana bolehlah ditakrifkan sebagai suatu perkara yang membawa kemusnahan  yang boleh datang secara mengejut dan boleh juga diramal kedatangannya. Contoh, bencana yang boleh diramal  kedatangannya ialah letusan gunung berapi dan ribut taufan.


            Kesimpulannya, bencana alam adalah satu peristiwa yang bukan sahaja  membawa kemusnahan kepada alam sekeliling tetapi turut membawa kehilangan nyawa manusia . Oleh kerana itu, kita haruslah bersedia menghadapinya pada setiap detik dan ketika.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan