Isnin, 30 Disember 2013

Faktor-faktor Pembentukan FPK

Faktor-faktor Pembentukan FPK

Antara faktor-faktor yang menentukan kandungan, matlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah faktor agama, faktor sosial, faktor politik, faktor ekonomi, faktor individu, dan faktor sejagat.

Faktor pertama ialah faktor agama yang dianuti oleh para manusia di Malaysia. Agama Islam diklasifikasi sebagai agama rasmi di negara ini. Deteran kepercayaan lain dianuti secara bebas berdasarkan akta dan undang-undang negara.

Faktor kedua ialah faktor sosial yang meliputi hierarki dan struktur masyarakat setempat serta kebudayaan. Keharmonian masyarakat sekeliling bergantung kepada variasi amalan mahmudah (mulia) umpamanya toleransi, bekerjasama, hormat menghormati dan sebagainya demi penghasilan keadaan sosial yang stabil.

Faktor ketiga ialah faktor politik yang menentukan ideologi negara lantas mempengaruhi dasar pendidikan. Matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi asas pembentukan FPK yang berlandaskan Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Faktor keempat ialah faktor ekonomi yang mempengaruhi pembangunan dan kemajuan negara. Rakyat Malaysia terlatih dalam variasi kemahiran yang dapat membantu negara memperkembang ekonomi menerusi peningkatan daya pengeluarannya. Maka, sekolah teknik dan vokasional turut diwujudkan demi penghasilan masyarakat yang beridentiti tinggi seiring pembangunan negara.

Faktor individu adalah faktor kelima iaitu potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis.

Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam FPK
Faktor terakhir ialah faktor sejagat. Penggubalan FPK pula tidak terpisah dengan pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Sehubungan dengan itu, idea-idea yang dihasilkan daipada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas FPK. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan, persarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancang oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestikan dalam pernyataan FPK sebagai “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan…”. ini jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup.


Akhirnya, keenam-enam faktor pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menjadi disiplin ke arah pembentukan peraturan yang menjadi prinsip yang seharusnya diamalkan para pendidik dan sebagainya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan