1. Faktor Baka (Genetik)
Menurut Norman L. Munn, baka merupakan ciri-ciri yang
diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen. Ernest R.
Hilgard pula mengatakan bahawa baka ialah ciri-ciri biologi yang diperturunkan
melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen. W.E. Vinacke pula
menyifatkan baka sebagai penentu struktur-struktur organ, arah sistem biologi
yang akan berkembang serta potensi-potensi seseorang individu. Amram Schienfeld pula menyatakan bahawa baka
itu menentukan persamaan-persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dan
di kalangan ahli-ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi trait-trait
seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi. Menurut J.A Thomson, baka itu
merujuk kepada perhubungan genetik di antara generasi manusia. (http://www.scribd.com/doc/36133244/Faktor-Genetik-Dan-Persekitaran-Mempengaruhi-Perkembangan-Kreativiti-Kanak-kanak ;
24/02/2011, 10.30p.m.)
Baka adalah ciri-ciri yang diperturunkan oleh ibu bapa kepada
anak-anaknya melalui gen. Oleh itu, ahli-ahli keluarga biasanya mempunyai
sifat-sifat yang sama seperti warna mata dan kulit, warna rambut, bentuk muka
dan telinga, kecerdasan dan penyakit seperti diabetes.
Walau bagaimanapun, pernah juga terdapat perbezaan sifat di antara
anak dengan ibu bapa. Tahukah anda mengapa keadaan seperti ini boleh berlaku?
Sifat-sifat yang berbeza itu mungkin berasal daripada nenek moyang. Ini adalah
kerana gen yang menentukan sifat-sifat yang berbeza itu mungkin telah lama
terpendam. Gen ini pula akan muncul semula apabila keadaan sesuai. Ketika gen
itu berpasangan dengan pasangannya, gen itu muncul lebih kuat lalu menyebabkan
berkembangnya sifat yang berbeza itu.
Pengaruh baka ke atas pertumbuhan dan perkembangan adalah jelas
dilihat daripada ciri-ciri berikut:
i)
Ciri-ciri
fizikal.
Warna kulit seseorang individu
sama ada hitam, putih atau coklat adalah diwarisi daripada ibu bapa atau datu
nenek. Begitu juga dengan warna dan bentuk mata, sama ada mata itu biru atau
hitam, berbentuk kecil, bulat atau sepet adalah ditentukan oleh gen yang
diwarisi daripada ibu bapa. Warna rambut, sama ada hitam, perang atau lurus
adalah juga dipengaruhi oleh gen. Jenis darah sama ada A positif, O, AB atau B
juga bergantung kepada gen. Saiz tubuh badan seseorang kanak-kanak juga
dipengaruhi oleh baka. Kanak-kanak daripada ibu bapa yang tinggi dan berbadan
besar biasanya lebih berat dan tinggi jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang
lain.
ii)
Ciri
Fisiologi.
Adalah didapati bahawa kanak-kanak daripada
ibu bapa yang sihat juga merupakan individu-individu yang sihat. Ini bermakna
sesetengah penyakit seperti diabetes, hemofilia dan kekerdilan adalah
disebabkan oleh pengaruh baka.
iii)
Kecacatan
mental.
Rencatan mental adalah disebabkan oleh
pewarisan gen yang resesif daripada kedua-dua ibu dan bapa yang mempunyai tali
persaudaraan yang rapat. Penyakit fenilketonuria atau PKU juga disebabkan oleh
faktor baka. Penyakit ini menyebabkan kekurangan enzim yang perlu untuk
menyingkirkan fenilalanina, iaitu asid amino yang beracun yang terdapat banyak
dalam makanan. Oleh itu, bayi yang mengalami PKU akan memiliki asid beracun
yang akan merosakkan keadaan mentalnya.
Pengaruh baka ke atas kecerdasan telah pun
dikaji. Kecerdasan tinggi atau rendah seseorang individu biasanya ditentukan
oleh baka yang diwarisi daripada ibu bapanya.
iv)
Sahsiah.
Walaupun sahsiah seseorang individu banyak
dipengaruhi oleh persekitaran, baka juga memainkan peranan yang penting.
Contohnya, perangai dan sifat introvert atau ekstrovert adalah dipengaruhi oleh
faktor baka. Seseorang yang cepat marah atau selalu berasa bimbang banyak
dipengaruhi oleh faktor baka.
v)
Kecerdasan.
Faktor baka banyak memainkan peranan dalam
menentukan kecerdasan seseorang individu. Ini bermakna ibu bapa yang tinggi
kecerdasannya kemungkinan besar akan melahirkan anak-anak yang juga tinggi
keupayaan mentalnya. Walau bagaimanapun, faktor persekitaran juga memainkan
peranan yang penting kerana alam sekitar yang kaya dengan kemudahan-kemudahan
akademik akan merangsang perkembangan mental kanak-kanak.
2. Faktor Persekitaran.
Menurut Amram Schienfeld, persekitaran merujuk kepada luaran
seseorang individu dan faktor bakanya bermula dari peringkat persenyawaan. Norman
L. Munn pula mentakrifkan persekitaran sebagai segala benda yang terdapat di
sekeliling unit-unit kebakaan. W. Edgar Vinacke menerangkan bahawa persekitaran
ialah kuasa ekstrinsik yang kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku
seseorang individu. (http://www.scribd.com/doc/36133244/Faktor-Genetik-Dan-Persekitaran-Mempengaruhi-Perkembangan-Kreativiti-Kanak-kanak ;
24/02/2011, 10.30p.m.)
Pengertian-pengertian tersebut menunjukkan dengan jelas bahawa persekitaran
merujuk kepada alam sekitar seseorang individu sama ada di peringkat pralahir
atau selepas lahir.
Terdapat dua kategori faktor persekitaran, iaitu faktor pralahir
dan faktor selepas lahir.
Faktor Pralahir
Di antara faktor-faktor pralahir yang penting adalah seperti
berikut:
i)
Pemakanan.
Makanan yang seimbang adalah
penting bagi menjamin pertumbuhan dan perkembangan seseorang bayi yang sihat
dan kuat. Ini bermakna bayi tidak mudah diserang penyakit.
ii)
Kesihatan Ibu.
Seorang ibu yang sihat akan
melahirkan bayi yang sihat. Sebaliknya, ibu yang menghidapi penyakit akan
meyebabkan kecacatan seseorang bayi seperti kecacatan mental, pekak, bisu atau
buta.
iii)
Penyalahgunaan Dadah.
Amalan menyalahgunakan dadah oleh
ibu lazimnya akan membahayakan perkembangan biasa seseorang bayi. Contohnya
seorang bayi Thalidomide yang dilahirkan cacat adalah disebabkan penyalahgunaan
dadah Thalidomide.
iv)
Kesan
X-Ray.
Kajian-kajian telah menunjukkan
bahawa pendedahan seseorang ibu kepada X-Ray yang berlebihan akan menyebabkan
bayi yang dilahirkannya cacat sama ada dari segi jasmani atau mental.
v)
Emosi
Ibu.
Seseorang ibu yang sentiasa
ketakutan, bimbang atau tertekan kemungkinan melahirkan bayi yang kurang sihat.
vi)
Umur Ibu.
Banyak kajian yang dijalankan
menunjukkan bahawa seseorang ibu yang sudah lanjut usia berkemungkinan besar
melahirkan bayi yang mengalami kecacatan mental atau mempunyai darjah
kecerdasan yang rendah.
Faktor Selepas Lahir
Di antara faktor-faktor selepas lahir yang penting adalah seperti
berikut:
i)
Pemakanan.
Makanan seseorang bayi perlu
dijaga sejak peringkat awal lagi. Susu ibu amat baik bagi seseorang bayi.
Seterusnya bagi menjamin perkembangan jasmani dan mental yang sihat, makanan
yang berzat dan seimbang adalah diperlukan. Makanan bukan sahaja membantu pertumbuhan
dan pekembangan seseorang individu, malahan ia juga dapat melindungi seseorang
individu dari pelbagai penyakit.
ii)
Keluarga.
Keluarga mempunyai hubungan yang
rapat dengan seseorang individu. Ibu bapa bukan sahaja terikat oleh pertalian
darah dengan seseorang individu tetapi ia juga mempunyai pertalian sosial dan
emosi. Sejak lahir, kanak-kanak dilindungi, diasuh dan dididik oleh kedua-dua
ibu bapanya.
Saiz sesebuah keluarga boleh
mempengaruhi pembentukan sahsiah seorang kanak-kanak. Contohnya, seorang
kanak-kanak dari keluarga yang kecil biasanya akan mendapat layanan dan
perhatian yag sempurna daripada ibu bapanya. Kemungkinan segala yang diminta
oleh kanak-kanak itu akan diberi oleh ibu bapanya. Ini boleh menyebabkan
kanak-kanak bersikap angkuh dan terlalu bergantung kepada ibu bapa.
iii)
Sikap
kepimpinan yang ditonjolkan oleh ibu bapa akan mempengaruhi sikap anak-anak
mereka.
Ibu atau bapa yang autokratik sentiasa tidak
membenarkan anak-anak mereka mengemukakan pendapat atau cadangan. Ini akan
menyebabkan anak-anak itu menjadi pasif, takut dan menarik diri. Anak-anak
seperti ini akan menjadi individu-individu yang kurang berkeyakinan dan amat
bergantung kepada orang lain untuk membuat keputusan.
Sebaliknya ibu bapa yang
mengamalkan prinsip demokrasi akan mengasuh anak-anak belajar untuk menerima
dan memberi, bertolak ansur, berbincang dan mematuhi pendapat majoriti dalam
satu-satu tindakan membuat keputusan.
iv)
Rakan
Sebaya.
Rakan sebaya merupakan sekumpulan
individu yang mempunyai tingkat umur yang
sama atau lebih kurang sama dengan individu yang berkenaan. Biasanya, rakan
sebaya mempunyai cita-cita, minat dan tahap kecerdasan yang lebih kurang sama.
Kumpulan ini terbentuk kerana manusia adalah mahkluk sosial yang aktif. Pengaruh rakan sebaya adalah dari pelbagai
aspek iaitu dari segi afektif, sosial, kognitif dan psikomotor.
v)
Sekolah.
Kedudukan sesebuah sekolah, sama
ada di luar bandar atau di bandar boleh mempengaruhi perkembangan mental,
sosial dan jasmani seseorang. Kekurangan kemudahan di sekolah-sekolh luar
bandar akan menjejaskan perkembangan seseorang individu dari pelbagai aspek.
Saiz sesebuah sekolah juga mendatangkan kesan yang berlainan. Kemesraan serta
kejeleketan di antara pelajar-pelajar adalah kurang berbanding dengan sesebuah
sekolah yang kecil yang mana pelajar-pelajarnya dapat berkomunikasi dan
berinteraksi dengan lebih kerap. Pembelajaran pelajar-pelajar juga dipengaruhi
oleh sekolah yang mereka hadiri. Sekolah yang hanya menekankan hal-hal akademik
akan menghasilkan individu yang kurang berminat dalam permainan atau sukan.
vi)
Tempat
Tinggal.
Tempat tinggal sseorang individu
akan mempengaruhi perkembangannya. Contohnya, di kawasan bandar,
penduduk-penduduk adalah kurang mesra di antara satu sama lain berbanding
dengan penduduk-penduduk di luar bandar. Nilai-nilai seperti tolong-menolong,
bertimbang rasa, kemesraan dan sebagainya adalah kurang ketara di kalangan
penduduk di bandar.
Penduduk-penduduk di bandar adalah bersifat
lebih materialistik berbanding dengan penduduk-penduduk di luar bandar. Dengan
itu, kanak-kanak akan membesar menjadi individu-individu yang juga selalu
mengharapkan bayaran atau ganjaran bagi sesuatu tugasan.
vii)
Sebaran
Am.
Semua jenis sebaran am seperti
radio, televisyen, akhbar, majalah, buku, wayang gambar akan mempengaruhi
perkembangan mental, pandangan dan sikap seseorang terhadap isu-isu ekonomi,
sosial dan politik. Sebagai contoh, progarm TV Pendidikan seperti Along Bijak
banyak membantu kanak-kanak mempelajari konsep-konsep nombor, abjad, bahasa dan
matematik.
viii)
Pusat
Ibadat.
Pusat-pusat ibadat seperti
masjid, gereja dan kuil yang terdapat di satu-satu tempat juga mempengaruhi
falsafah hidup dan gaya hidup seseorang individu. Pusat-pusat tersebut juga
akan membentuk individu-individu yang menghayati nilai-nilai murni seperti
seperti belas kasihan, kesyukuran, suka menolong orang lain, amanah, bertimbang
rasa dan bertoleransi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan