1. Arah
Perkembangan mempunyai arah baik sewaktu peringkat belum lahir
mahupun pada peringkat sudah lahir. Arah-arah itu seperti:
1. Arah kepala ke kaki (cephalocaudal).
2. Arah tengah ke tepi (proximodistal).
Mengikut arah kepala ke kaki, perkembangan bermula dari kepala dan
bergerak ke arah kaki. Ini bermakna, perubahan awal pada struktur dan juga
fungsi berlaku di bahagian kepala kemudian di bahagian badan dan akhir sekali
di bahagian kaki. Kepala kanak-kanak kecil biasanya berat kerana perkembangan
sudah banyak berlaku di bahagian kepala dibandingkan dengan bahagian lain
misalnya bahagian kaki. Itu sebabnya apabila kanak-kanak ditiarapkan, dia hanya
dapat mengangkat dadanya apabila ia dapat mengangkat kepalanya.
Mengikut arah tengah ke tepi pula, perkembangan ini berlaku dari
arah tengah badan menghala ke bahagian luar badan dan ke hujung anggota.
Sewaktu di dalam kandungan, iaitu ketika bahagian kepala dan badan sudah
dikatakan cukup terbentuk, bahagian anggota kaki dan tangan hanya merupakan
puntung-puntung yang belum tumbuh. Secara beransur-ansur, puntung tangan ini
akan memanjang dan berkembang menjadi tangan dan jari. Daripada segi fungsi,
bayi yang dikandungi menggunakan lengan terlebih dahulu sebelum dapat
menggunakan tangan dan jari.
2. Susun atur tersendiri
Corak perkembangan bayi adalah sama daripada satu peringkat ke
peringkat yang lain. Sebelum berjalan, lazimnya seorang kanak-kanak berdiri
terlebih dahulu. Corak yang lazim ini tidak akan berubah, jika seseorang
kanak-kanak yang dilahirkan awal, dia mungkin terlambat dalam beberapa aspek
perkembangan, tetapi dapat sampai ke peringkat kanak-kanak lain seperti yang
sepatutnya.
3. Menyeluruh
Pada peringkat awal kehidupan, seseorang bayi hanya dapat memberi
gerak balas secara menyeluruh ke atas sesuatu rangsangan kerana tulang dan otot
masih belum matang. Umpamanya, jika seseorang bayi cuba mengambil sesuatu
benda, hampir seluruh badannya bergerak bersama-sama dengan lengan dan
tangannya kerana jarinya masih belum dapat digunakan.
Selepas besar, pergerakan bagi mengambil sesuatu benda hanya
memerlukan jari sahaja tanpa menggerakkan sebahagian besar badannya. Emosi
kanak-kanak juga berlaku secara menyeluruh. Misalnya pada peringkat awal,
ketakutan kanak-kanak ditunjukkan secara menyeluruh. Kemudian ketakutannya
hanya kepada perkara-perkara tertentu sahaja. Ternyata perkembangan itu berlaku
mengikut proses pembezaan. Selepas proses pembezaan mencapai sesuatu peringkat
ketentuan, proses penyatuan pula berlaku. Umpamanya, beberapa kemahiran yang
terdapat pada terdapat pada seseorang adalah pemilihan dan gabungan beberapa
tingkah laku yang menjadi penggabungan baru.
4. Berterusan
Perkembangan diri seseorang berlaku secara berterusan. Ia bermula
daripada percambahan sehingga akhir hayat. Perkembangan ini berlaku pada
kelambatan atau kecepatan yang berbeza-beza. Disebabkan perkembangan itu
berterusan, apa yang berlaku pada satu peringkat mempengaruhi peringkat yang
lain. Umpamanya, rumah tangga yang tegang pada peringkat awal perkembangan
kanak-kanak mempengaruhi sahsiah kanak-kanak seterusnya.
Tanggapan negatif kepada
ibu bapa yang kerap bertengkar sukar dihapuskan. Perkembangan dan pertumbuhan
jasmani pada peringkat awal terutamanya pada peringkat kehamilan dapat
menentukan sifat kanak-kanak sewaktu dewasa nanti. Sekiranya berlaku kecatatan
kecil pada peringkat awal kehamilan, kecatatan ini membesar selepas ia dewasa
nanti.
5. Kecepatan
Kecepatan dalam proses perkembangan tidak pernah sama. Anggota
yang berlainan mempunyai kecepatan yang berlainan. Kanak-kanak yang tinggi
kecerdasannya tetapi masih belum matang selalunya mempunyai perkembangan
kecerdasan yang mendahului peringkat kematangan jasmani, kemasyarakatan dan
emosi. Mereka selalunya susah menyesuaikan diri dengan kanak-kanak yang sebaya
dan juga kanak-kanak yang lebih tua.
6. Berkaitan dan mempengaruhi.
Perkembangan dan pertumbuhan satu-satu anggota adalah berkaitan
dan mempengaruhi perubahan keseluruhan anggota lain. Pertalian ternyata
didapati di antara kematangan jasmani dengan kematangan mental. Kesan daripada
keadaan ini, kanak-kanak yang cepat matang berbeza dengan kanak-kanak lain yang
sebaya tetapi lambat matang. Perbezaan ini bukan sahaja terdapat pada keadaan
jasmani mereka tetapi juga daripada segi mental dan tingkah laku. Oleh yang
demikian, dapat disimpulkan bahawa perkembangan itu adalah proses yang
bersepadu melibatkan penyesuaian keseluruhan badan.
7. Berbeza
Setiap individu mempunyai corak perkembangannya yang tersendiri.
Justeru, tidak semua kanak-kanak sampai kepada titik perkembangan yang sama
pada peringkat umur yang sama. Frank (1950) mengatakan bahawa perkembangan
hidup seseorang bergantung kepada pewarisan dan alam sekeliling yang amat unik.
Walaupun kecepatan perkembangan mungkin berbeza-beza bagi kanak-kanak,
perkembangan ini adalah kekal. Kanak-kanak yang berbadan tinggi pada satu
peringkat umur akan berbadan tinggi juga pada peringkat-peringkat umur yang
lain, sedangkan yang berbadan rendah akan rendah juga kemudiannya.
Lingkungan umur akal bagi kanak-kanak cerdas, sederhana dan lembap
juga menunjukkan kekekalan sebagaimana sifat jasmani tadi. Perkembangan mental
yang cepat akan berterusan cepatnya sedangkan kanak-kanak yang cacat otaknya
tertinggal semakin jauh apabila dia semakin membesar. Kemajuan perkembangan
kanak-kanak akan berkeadaan kakal dan ia bergerak maju atau berkembang mengikut
kecepatan yang dimulakannya. Oleh sebab tiap-tiap kanak-kanak mempunyai sifat
kecepatan perkembangannya tersendiri, maka tidak boleh diharapkan semua
kanak-kanak itu mempunyai peringkat umur yang sama.
8. Berperingkat-peringkat
Hidup manusia berperingkat-peringkat. Setiap peringkat dapat
dibezakan melalui sifat yang nyata bagi peringkat itu. Sifat tertentu bagi
sesuatu peringkat itu memberikan sifat keutuhan dan sufat yang unik. Walaupun
terdapat peringkat-peringkat ini, tetapi garis-garis pembahagian tidak nyata
bagi memisahkan di antara satu di antara satu dengan yang lain. Terdapat tujuh
peringkat perkembangan yang ketara iaitu:
Peringkat 1
Peringkat sebelum lahir sehingga bayi dilahirkan. 280 hari dalam
kandungan.
Peringkat 2
Peringkat bayi merah iaitu daripada masa lahir sehingga kira-kira
10 ataupun 14 hari kemudian.
Peringkat 3
Peringkat bayi daripada umur 2 minggu sehingga kira-kira 2 tahun.
Peringkat 4
Peringkat kanak-kanak iaitu antara umur 2 tahun sehingga akil
baligh.
Peringkat 5
Peringkat remaja iaitu daripada akil baligh sehingga peringkat
dewasa iaitu kira-kira berumur 25 tahun.
Peringkat 6
Peringkat dewasa.
Peringkat 7
Peringkat tua.
The Best Casino Games 2021
BalasPadamThe Casino 포커 고수 Games list 안전 토토 사이트 will include a list of slots and video slots by NetEnt, including classics such as Dragon Tiger and 라이브스코어 Jackpot Party. 바카라 사이트 에스뱅크 All games have 다파벳 a minimum