Isnin, 6 Januari 2014

Jenis-Jenis Bencana Alam 01


Pengenalan

Ada beberapa kejadian bencana yang berlaku tetapi secara mudahnya ia terbahagi kepada dua iaitu bencana semula jadi atau bencana alam dan satu lagi, disebabkan oleh faktor manusia. Antara bencana yang biasa berlaku ialah gempa bumi, letusan gunung berapi, angin puting beliung atau tornado, kemarau, banjir, tanah runtuh, tsunami, ribut tropika dan kebakaran hutan.

Daripada semua contoh-contoh tersebut, sebahagiannya ialah bencana alam, satu kejadian yang berlaku disebabkan sifat alam yang dinamik dan bencana seperti ini adalah tidak dapat dielakkan oleh manusia. Sebagai contoh, kejadian gempa bumi dan tsunami.

Kejadian-kejadian bencana alam adalah merupakan tragedi yang sukar dan melibatkan kehilangan  nyawa serta kemusnahan harta benda, terdapat beberapa kejadian disebabkan manusia sebagai pencetus atau puncanya. Sebagai contoh, banjir dan tanah runtuh biasanya berlaku kerana gangguan oleh manusia yang menyebabkan kerosakan kepada struktur muka bumi.



Jenis-jenis Bencana  

1.  Kemarau

Kemarau ialah satu tempoh  cuaca  kering yang berpanjangan dengan terdapat sedikit hujan atau tiada hujan langsung.  Ia boleh memberi kesan besar terhadap ekosistem dan pertanian kawasan yang terbabit.

            Di samping itu, kemarau juga boleh didefinisikan sebagai satu keadaan di mana jumlah sejat peluhan yang melebihi jumlah kerpasan yang turun untuk satu tempoh yang lama atau panjang. Kemarau boleh dibahagikan kepada empat jenis. Pertama, kemarau kekal iaitu kemarau yang hanya terdapat di gurun panas yang kering-kontang, dan tandus-gersang. Kedua, kemarau bermusim yang mana hanya beberapa bulan dalam setahun tanpa hujan atau jumlah hujan yang turun sedikit. Ketiga ialah kemarau kontigen, kemarau yang berlaku akibat hujan yang dijangka lewat tiba atau tidak turun pada tempohnya. Keempat, kemarau tidak nyata iaitu berlaku di mana-mana tempat dan masa apabila wujudnya keadaan kadar sejatan melebihi jumlah hujan yang turun.

             Faktor-faktor berlakunya kemarau boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu faktor semulajadi dan faktor tindakan manusia. Faktor semulajadi berlakunya kemarau ialah fenomena El-nino yang dikaitkan dengan kenaikan suhu Lautan Pasifik yang berupaya mengubah,melemah dan menghentikan tiupan angin timuran yang membawa hujan yang lebat ke tempat yang terlibat. Selain EL-nino, suhu yang panas turut menyebabkan kemarau, suhu yang panas menyebabkan udara menjadi lebih kering, lembapan tanih dan akuifer kekurangan air serta proses transpirasi tumbuhan berkurangan sekaligus mengurangkan peratus kelembapan udara dan keberangkalian hujan turun adalah amat tipis. Selain daripada itu, perubahan cuaca kesan pertukaran angin monsun turut menyumbang kepada  berlakunya kemarau.

            Faktor manusia pula ialah pembangunan yang terlalu mendesak telah menyebabkan hutan diteroka dengan rakus, bukit digondol untuk pembinaan petempatan dan perindustrian sehingga manusia lupa tentang pentingnya keseimbangan air dan kitaran hidrologi dikekalkan.

            Kemarau boleh membawa ancaman kepada manusia. Salah satu daripada ancaman terbesar bagi manusia ialah apabila kemarau berlaku di kawasan pertanian yang biasanya kurang menerima air hujan. Ini menyebabkan kawasan tersebut menjadi kering. Apabila ini berlaku, hasil yang didapati akan berkurangan, menyebabkan harga makanan melambung tinggi dan juga kekurangan makanan serta berlakunya kemarau. Pada masa yang sama, air untuk minum juga akan berkurangan. Ini boleh menjejas kesihatan orang ramai.

 Di negara yang sedang membangun, masalah kemarau boleh mengakibatkan berlakunya penyakit-penyakit serta kemelut politik. Apabila jumlah penduduk meningkat, penggunaan air dan keperluan makanan akan meningkat lalu menyebabkan berlakunya kemarau. Tambahan pula, apabila kawasan pertanian menjadi kering semasa kemarau, risiko kebakaran akan meningkat, lalu mengancam tempat-tempat tinggal, tanam-tanaman dan juga nyawa manusia serta kehidupan-kehidupan lain.


2. Gempa Bumi          
             
Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tiba-tiba terlepas.
     Di samping itu, gempa bumi juga  merupakan hasil tenaga yang dilepaskan secara mengejut disebabkan perubahan dalam kerak bumi. Perubahan ini menyebabkan tanah bergegar dan menghasilkan gegaran yang bergerak keluar daripada titik tumpu gempa. Titik tumpu merupakan lokasi "punca" di dalam tanah di mana tenaga gempa bumi dibebaskan. Lokasi di atas tanah pada titik tumpu gempa bumi dikenali sebagai 'epicenter'.

         Gempa bumi lebih kerap dijumpai di kawasan pinggiran plak tetonik, di mana pergeseran antara kepingan kerak bumi atau letupan gunung berapi akan menyebabkan peralihan tanah yang besar. Peralihan tanah yang besar secara mengejut ini akan menyebabkan berlakunya gempa bumi. Antara kawasan yang kerap mengalami gempa bumi adalah sekitar Cincin Api Pasifik. "Pacific Ring of Fire". Lingkaran Cincin Api Pasifik merupakan sempadan pertembungan antara dua plak tetonik. Negara Indonesia yang merupakan jiran Malaysia, turut mempunyai beberapa gunung berapi yang aktif dan kawasan yang berhampiran gunung berapi sering turut mengalami gempa bumi.

         Gempa bumi boleh terhasil oleh proses alam semulajadi mengejut seperti letupan gunung berapi, dan hentaman meteor. Bagaimanapun gempa bumi kebanyakannya disebabkan oleh pembebasan mengejut tekanan yang terkumpul dalam tempoh panjang dalam batu jauh di bawah permukaan bumi. Tekanan ini mungkin berpunca daripada pergerakan plat tetonik sepanjang garis rekahan, dan lantunan glasiar yang dikenali sebagai "isostatic".

Kerak bumi boleh membengkok dan berlipat. Ketika proses ini berlaku, batu-batan yang keras akan pecah kepada blok sepanjang zon lemah. Apabila dua bahagian batu berselisih secara melintang atau menegak, pergerakan ini dikenali sebagai "faulting". "Faulting" boleh berlaku pada skala yang kecil atau berskala besar. "Faulting" pada skala kecil biasanya berlaku jauh di bawah tanah dan tidak kelihatan ketara pada permukaan bumi.

Lantunan "Iisostatic" merupakan satu lagi punca gempa bumi.  Lantunan "Iisostatic" merujuk kepada tanah yang terbenam ditindih lapisan air batu yang tebal dan berat, melantun naik semula disebabkan lapisan air batu yang terkumpul di bahagian atas telah cair atau beralih. Pergerakan lantunan "Iisostatic" akan terus berlaku, menyebabkan gempa bumi sehinggalah selagi tekanan sekata tercapai pada kerak bumi.

Gempa bumi juga boleh disebabkan oleh aktiviti manusia seperti pembinaan empangan yang berskala besar. Jumlah isipadu air yang terkumpul menyebabkan tekanan tinggi pada lapisan bumi di dasar empangan menyebabkan berlakunya lantunan "Iisostatic" yang menyebabkan berlakunya gempa bumi sehinggalah tekanan sekata tercapai pada kerak bumi.
Gegaran seismic yang dihasilkan oleh gempa bumi direkodkan oleh satu peralatan khas yang dipanggil "seismograf". Bacaan daripada 3 seismograf paling minima yang terletak pada lokasi yang berlainan mesti di ukur untuk menentukan titik tumpu gempa bumi. Bacaan seismograf juga boleh digunakan untuk menentukan saiz gempa bumi.

Saiz gempa bumi yang di ukur dengan seismograf diberikan menurut skala Richter.  Skala Richter merupakan ukuran logarithmik. Ini bererti gegaran bersaiz 3 skala Richter mempunyai 10 kali ganda lebih kuat berbanding gempa bumi yang bersaiz 2 skala Richter.

Gempa bumi besar pada abad ke-20


Tarikh
Kawasan
Kekuatan (skala Richter)
Ulasan
8.9
Gempa bumi tektonik disertai Tsunami mangakibatkan ratusan ribu penduduk Jepun termasuk Tokyo mengalami rosak teruk dan paling ngeri dalam 140 Tahun.
7.7
Gempa bumi tektonik Ratusan Rumah penduduk rosak ringan dan meragut 4 nyawa.
7.9
Gempa bumi tektonik Meragut 13 nyawa dan tercetus tsunami kecil
6.2
Gempa bumi tektonik selama 57 saat yang meragut lebih dari 6500 nyawa.
8.9
Disertai oleh tsunami, ini merupakan gempa bumi yang paling kuat dalam dekad itu.
Bam (Iran), barat daya Iran
6.5
Menyebabkan lebih 41,000 terbunuh.
utara Afghanistan
5.8
Menyebabkan lebih 1,000 orang mati.
7.9
Menyebabkan sekurang-kurangnya 2,500 maut biarpun ada meletakkan angka korban seramai 13,000 orang.
7.6
Menyebabkan 2,400 maut.
7.4
Meragut 17,000 nyawa.
barat Colombia
6.0
Meragut 1,171 nyawa.
utara Afghanistan dan Tajikistan
6.9
Menyebabkan seramai 5,000 orang terbunuh.
7.2
Meragut 6,000 nyawa.
6.0
Menyebabkan seramai 1,000 mati.
barat laut Iran
7.3
Meragut 50,000 nyawa.
barat laut Armenia
6.9
Menyebabkan 25,000 maut.
8.1
Meragut lebih 9,500 nyawa.
timur laut Iran
7.7
Menyebabkan 25,000 maut.
7.8
Menyebabkan 240,000 orang terbunuh.
7.5
Menyebabkan 22,778 terbunuh.
barat daya pesisiran pantai Atlantik diMaghribi
5.7
Menyebabkan kira-kira 12,000 maut dan memusnahkan keseluruhan bandar Agadir.
Wilayah Erzincan, Turki
7.9
Menyebabkan 33,000 orang maut.
8.3
Menyebabkan 28,000 maut.
7.5
Meragut 50,000 nyawa.
8.3
Meragut sekurang-kurangnya 140,000 nyawa.
§  Sumber: Associated Press

Kekuatan gempa bumi boleh di ukur mengikut definasi atau pengalaman manusia dengan menggunakan skala Mercalli yang diubahsuai.  Skala Mercalli yang diubahsuai mengukur gempa berdasarkan jumlah kerosakan pada bangunan dan kemusnahan harta benda.

Gempa bumi yang berlaku di dasar laut juga mampu menghasilkan gelombang air laut yang besar yang dikenali sebagai "tidal wave" atau "tsunami". Gelombang ombak besar tsunami ini akan menghentam kampung atau bandar berhampiran dengan laut dan mengakibatkan kerosakan dan kehilangan jiwa yang besar.


3. Tsunami

Istilah tsunami' menerangkan satu siri ombak lautan yang panjang yang terbentuk selepas sejumlah isipadu air dipindahkan secara tiba-tiba. Tsunami adalah daripada perkataan Jepun, dan apabila disalinkan ke Inggeris, ia bermaksud Harbour (tsu) wave (nami). Istilah ini pada mulanya digunakan oleh nelayan Jepun untuk menerangkan kemusnahkan yang dilakukan ombak besar yang mana boleh menghapuskan seluruh kawasan pengkalan kapal. Yang anehnya mereka tidak mengalami sedikit pun kesan tsunami pada bot-bot mereka di laut.

Tsunami-tsunami adalah ombak-ombak mempunyai ciri-ciri pergerakan yang pantas, kadang-kadang mempunyai ketinggian ombak yang tinggi, dan jarak ombak panjang oleh itu tsunami-tsunami adalah seharusnya ombak-ombak raksasa.

Dalam lautan dalam, tsunami-tsunami jarang dirasakan kerana mereka ditutupi oleh kebesaran / keluasan lautan yang lainnya.  Walau bagaimanapun, tsunami-tsunami memang boleh menghancurkan apabila jarak jauh di bawah lautan semakin kurang apabila menuju ke darat. Kelajuan pergerakan tsunami juga merupakan suatu ciri yang hebat. Tsunami boleh bergerak di sepanjang lautan dengan sangat pantas, biasanya dari 500 ke 1000 kilometer sejam, dengan tenaganya yang agak konsisten dan agak sukar kelihatan di laut. Ini adalah sebabnya, mengapa tsunami dihasilkan dari satu kawasan dan boleh memberi kesan ke kawasan-kawasan yang beribu-ribu kilometer jauhnya.

Terdapat empat faktor yang boleh menyebabkan berlakunya tsunami iaitu, letusan gunung berapi, tanah runtuh, gempa bumi dasar laut dan Extraterestrial collisionGempa bumi di dasar laut merupakan bentuk penghasilan tsunami yang paling biasa, biasanya menghasilkan tsunami-tsunami yang sangat menghancurkan. Bumi senantiasa bergerak pada atas “tectonic plates” yang besar. Apabila “tectonic plates” bergerak melalui satu dengan yang lain, berlanggar dan masuk ke bawah dengan satu yang lain, gempa bumi terjadi. Ini yang terjadi dengan tsunami yang telah berlaku di Selatan Asia baru-baru ini.

Tanah runtuh disebabkan kejatuhan batu, ais, atau dibawah air (submarin) tanah runtuh atau tanah menurun dengan tiba-tiba boleh menyebabkan perpindahan air untuk menghasilkan tsunami. Tanah runtuh submarine biasanya disebabkan oleh gempa bumi, besar dan kecil, oleh itu menguatkan kuasa satu gempa bumi mengakibatkan tsunami. Satu contoh tanah runtuh yang telah mengakibatkan tsunami ialah pada tahun 1980an di Selatan Francis di mana gerakan tanah yang sangat nyata untuk pembangunan sebuah lapangan terbang menyebabkan tanah runtuh dibawah air, yang mengakibatkan ombak-ombak tsunami yang menghancurkan dan melanda pelabuhan Thebes.

    Letupan gunung berapi walaupun jarang berlaku, letupan gunung berapi yang menghancurkan juga mewakili kekacauan yang mendadak, yang mana boleh memindahkan isipadu air yang banyak / besar dan menghasilkan ombak-ombak tsunami yang sangat memusnahkan di kawasan sumber yang terdekat.

Gangguan gunung berapi boleh menghasilkan ombak-ombak dengan pemindahan air yang tiba-tiba disebabkan oleh letupan gunung berapi. Kebanyakan tsunami-tsunami yang terjadi di Lautan Pacifik terjadi disekitar “Ring of Fire” kawasan lingkungan kepulauan Hawaii. Kawasan tersebut digelar sebagai “Ring of Fire” kerana bilangan gunung-gunung berapi yang aktif terlalu banyak.

Sejak 1819, lebih 40 tsunami-tsunami melanda kepulauan Hawaii. Salah satu daripada tsunami yang terbesar dan menghancurkan yang pernah direkodkan ialah terjadi pada 26hb Ogos, 1883 selepas letupan dan keruntuhan gunung berapi Kratatoa di Indonesia. Letupan ini mengakibatkan ombak-ombak mencapai ketinggian 135 kaki, memusnahkan perkampungan dan pekan-pekan di sepanjang pantai sunda di kedua-dua kepulauan Jawa dan Sumatera, membunuh 36,417 orang.

            Extraterrestrial Collision  tsunami-tsunami disebabkan oleh “extraterrestrial collision” (iaitu asteroids, meteors) adalah kejadian yang paling jarang berlaku. Walupun tidak ada “meteor” menghasilkan tsunami yang pernah direkodkan dalam sejarah baru-baru ini, para saintis menyedari bahawa jika “meteor” memukul laut, satu isipadu air yang sememangnya dipindahkan untuk menyebabkan satu tsunami.

Para saintis telah mengira jika satu “asteroid” yang sederhana besar, 5-6km dalam garis pusat (diameter) akan memukul ditengah lautan besar seperti Lautan Atlantik, ia akan menghasilkan satu tsunami, yang akan terus bergerak melanda ke kawasan pergunungan Appalachian di bahagian atas dua pertiga daripada Amerika Syarikat. Pada kedua bahagian Atlantik, bandar-bandar di kawasan pantai akan disapu habis oleh tsunami.


Asteroid yang berukuran 5-6 kilometer dari garis pusat apabila berlaku diantara kepulauan Hawaii dan pantai Utara Amerika, akan menyebabkan satu tsunami yang mana boleh melanda bandar-bandar di pantai Barat Canada, Amerika Syarikat dan Mexico dan akan melanda kebanyakan kawasan tempat tinggal di kawasan pantai kepulauan Hawaii.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan