Isnin, 6 Januari 2014

Jenis-jenis Bencana Alam 02


4. Letusan Gunung Berapi

Gunung berapi adalah bukaan, atau rekahan, pada permukaan atau kerak  Bumi, yang membenarkan gas, abu, dan batu cair yang panas bebas jauh di dalam bawah permukaan bumi.  Aktiviti gunung berapi membabitkan extrusion of rock yang cenderung membentuk gunung atau ciri-ciri berbentuk gunung melalui tempoh masa.
Gunung berapi biasanya terdapat di mana plak tetonik berpisah atau bertembung. Rabung tengah laut, seperti Rabung Tengah Atlantik (Mid-Atlantic Ridge), adalah contoh plak tetonik berpisah; Lingkaran Api Pasifik pula mempunyai contoh gunung berapi yang terhasil akibat pertembungan plak tetonik. Sebaliknya, gunung berapi biasanya tidak terhasil di mana dua plak tetonik bergesel sesama sendiri. Gunung berapi juga boleh terbentuk di kawasan di mana terdapat renggangan pada kerak Bumi dan di mana kerak Bumi menjadi nipis (di kenali sebagai gunung berapi antaraplat bukan titik panas), seperti di Lembah Rift Afrika (African Rift Valley), Rhine Graben Eropah dengan gunung berapi Eifelnya, Lapangan gunung berapi Wells Gray-Clearwater dan Rio Grande Rift di Amerika Utara.
Akhir sekali, gunung berapi boleh dihasilkan melalui pluma mantel (mantle plumes), yang dikenali sebagai titik panas; titik panas ini boleh berlaku jauh dari sempadan plak, seperti kepulauan Hawai. Amat menarik, gunung berapi titik panas juga didapati di tempat lain di sistem suria, terutamanya pada bulan dan planet berbatu.


5. Puting Beliung atau Tornado

Puting beliung ialah sebuah tiub angin berpusing yang menyentuh tanah. Angin yang berada di dalam puting beliung berpusing dengan pantas dan menjadikan puting beliau sangat berbahaya.
Kebanyakan puting beliau mempunyai angin selaju 175 km/j atau kurang, dengan lebar 250 kaki (75 meter), dan bergerak beberapa kilometer sebelum "lenyap". Walau bagaimanapun, sesetengah puting beliung mempunyai angin selaju 480 km/j, dengan lebar lebih daripada (1.6 km), dan boleh bergerak melebihi 100 kilometer.
Puting beliung seringkali terjadi semasa hujan ribut petir angin kuat dan mendatangkan banyak kemusnahan kepada apa-apa sahaja yang disentuhnya. Saban tahun, ada nyawa yang terkoban akibat puting beliung.
            Puting beliung boleh berlaku hasil aktiviti di dalam awan kumulonimbus yang besar semasa ribut petir dahsyat.Puting beliung juga boleh berlaku bersama taufan. Dalam kebanyakan ribut petir yang berlaku di dunia, udara panas naik membawa wap air dan membentuk awan kumulonimbus dan hujan membawa udara sejuk ke bawah pada tempat yang sama, oleh itu angin ribut kencang tidak terbentuk. Tetapi sesetengah ribut petir pula menghasilkan angin kencang di dalam awan akibat turun naik udara panas dan sejuk secara serentak serta turun naik udara panas dan sejuk yang tidak berlaku pada tempat yang sama, dikenali sebagai fenomena angin ricih. Sekiranya angin ricih kencang tersebut berubah bentuk daripada melintang di dalam awan kepada menegak, angin kencang berbentuk corong akan terbentuk dan pusaran angin berbentuk corong tersebut dikenali sebagai puting beliung.
        Puting beliung dikategori mengikut Skala Fujita, daripada F0 sehingga F5. F0 mempunyai kelajuan angin paling rendah manakala F5 mempunyai kelajuan angin paling tinggi. Amerika Syarikat adalah negara yang paling banyak mengalami bencana puting beliung tetapi ini tidak bermakna negara-negara lain tidak akan mengalami bencana ini.
Puting beliung boleh terjadi di mana-mana tempat di dunia termasuklah Malaysia. Kawasan yang paling kerap dilanda ribut petir di Amerika Syarikat ialah di kawasan lembangan yang dilindungi Banjaran Rocky dan Banjaran Appalachian. Kawasan tersebut dikenali sebagai Lembah Puting Beliung (Tornado Alley).
         Puting beliung amat sukar diramal dan ia hanya dapat diramalkan apabila titik tekanan rendah di dalam awan kumulonimbus dikesan oleh radar Doppler. Akibatnya, penduduk di kawasan yang diramalkan akan dilanda puting beliung hanya mempunyai masa yang sangat terhad untuk pergi ke tempat perlindungan
Puting Beliung atau tornado merupakan bencana alam semula jadi yang disebabkan oleh angin ribut. Kejadian tornado yang paling dahsyat ialah berlaku di Moore, Okhlahoma (AS) pada 1999 dengan kelajuan 318 km/j.



6. Angin Siklon

Berlaku kerana air tersejat dari lautan dan menjadi ribut. Kesan Coriolid menyebabkan ia  berpusing  dan mencapai kelajuan 74 km sejam. Siklon ini dikenali sebagai taufan di AS dan ribut taufan ataupun siklon tropika di Asia timur.
            Terdapat dua kemungkinan mengenai asal-usul istilah "taufan" dalam Bahasa Melayu serta istilah "typhoon" dalam Bahasa Inggeris. Pendapat pertama mengatakan istilah tersebut diambil daripada istilah Cina iaitu 大風 (Kantonis: daaih fūng; Mandarin: dà fēng) yang bermaksud "angin kencang". Satu lagi pendapat mengatakan istilah tersebut diambil daripada perkataan Urdu, Parsi dan Arab ţūfān (طوفان), yang diambil istilahnya daripada tuphōn (Τυφών), raksasa di dalam mitos Yunani yang bertanggungjawab membawa angin panas.
Dalam Bahasa Melayu, istilah "taufan", "hurikan" dan "siklon tropika" membawa maksud yang sama tetapi di dalam Bahasa Inggeris, ketiga-tiga istilah adalah berbeza mengikut tempat. Istilah hurricane digunakan bagi taufan yang melanda bahagian Atlantik Utara dan Pasifik Timur Laut. Istilah "typhoon" pula digunakan di bahagian Pasifik Barat Laut.
Sesebuah taufan boleh diklasifikasikan mengikut keamatan angin seperti berikut:-
1.    Gangguan tropika - Sistem ribut petir yang tertumpu di kawasan bertekanan rendah dengan kelajuan angin kencang kurang daripada 60 km/j. Mata taufan tidak terbentuk pada peringkat ini.
2.    Ribut tropika - Sistem ribut petir kuat dengan kitaran permukaan tertentu serta kelajuan angin maksimum antara 60-120 km/j. Bentuk siklon sudah mula terbentuk, tetapi mata taufan biasanya masih belum terbentuk.
3.    Taufan - Ribut tropika dengan angin kencang melebihi 120 km/j. Mata taufan mula terbentuk, memudahkan taufan dikesan melalui imej satelit.

Pada kebiasaannya, taufan mula muncul di sebelah barat Pasifik Utara pada awal bulan Mei. Bilangannya bertambah dan mencapai maksima disekitar bulan September. Kebanyakan taufan terbentuk di kawasan latitud 5oU dan 20oU dan longitud 130oT dan 170oT. Laluan biasa bagi taufan adalah bergerak menghala ke arah barat merentasi Filipina dan seterusnya membeluk ke arah timur laut apabila menuju daratan Asia.

Taufan juga adalah bencana alam yang membawa kemusnahan apabila sampai ke daratan. Taufan yang berlaku di tengah lautan menyebabkan hujan lebat, angin kencang serta ombak besar, menjejaskan aktiviti perkapalan antarabangsa serta boleh menenggelamkan kapal.Di daratan pula, angin kencang boleh merosakkan atau memusnahkan bangunan dan harta benda, menjadikan puing-puing kepada objek terbang yang boleh membunuh. Selain itu, taufan juga mengakibatkan banjir besar. Sejak dua kurun yang lalu, taufan bertanggungjawab menyebabkan kematian lebih kurang 1.9 juta mangsa di seluruh dunia.

7. Banjir

Banjir merupakan salah satu bencana alam  yang membawa kemusnahan kepada sesuatu kawasan terutamanya kawasan pertanian, penternakan dan pelancongan. Kebanyakan bencana banjir adalah disebabkan oleh manusia. Walaubagaimanapun, tidak semua banjir adalah disebabkan manusia. Terdapat juga banjir yang disebabkan oleh alam seperti yang berlaku pada negeri Kelantan dan Terengganu di Malaysia pada setiap hujung dan awal tahun. Ini adalah disebabkan oleh perubahan angin monsun yang berlaku pada setiap tahun.

Takrifan bagi banjir ialah keadaan air yang menenggelami atau mengenangi sesuatu kawasan atau tempat yang luas. Banjir daripada laut boleh menyebabkan limpahan kepada penebat banjir dan akan menyebabkan benteng semula jadi ini musnah. Kawasan disebalik pertahanan pesisir pantai ini mungkin terdedah kepada bahaya. Banjir daripada laut boleh disebabkan oleh ribut taufan, air pasang tinggi, tsunami, atau gabungan unsur-unsur berkenaan. Oleh kerana kebanyakan komuniti masyarakat terletak berdekatan dengan pesisir pantai, masalah ini menjadi ancaman utama di seluruh dunia.

Banjir berlaku apabila sesuatu kawasan, selalunya kawasan rendah, ditenggelami dengan air. Banjir yang buruk biasanya akan berlaku apabila air sungai melimpah tebing sungai berkenaan. Satu contoh kejadian ini ialah pada bulan Januari 1999 di Queensland. Banjir berlaku apabila tanah dan tumbuh-tumbuhan tidak dapat menyerap kesemua air. Air itu kemudian mengalir di atas tanah berkenaan. Air ini tidak dapat ditampung oleh aliran sungai atau kolam semulajadi atau disimpan dalam tempat takungan air buatan manusia.

Banjir adalah bencana alam yang kerap dialami di seluruh dunia. Oleh itu, ia adalah sukar atau mustahil untuk mendapatkan polisi insurans bagi melindungi barangan serta harta yang rosak akibat banjir.


8. Tanah Runtuh

Begitu juga dengan tanah runtuh, punca utamanya ialah manusia yang rakus menggondol kawasan hutan dengan aktiviti pembalakan yang tidak terkawal. Apabila semua pokok habis ditebang, tiada lagi yang mempu menahan tanah daripada bergerak  atau runtuh apabila waktu hujan. Definisi yang tepat bagi tanah runtuh ialah tanah runtuh  merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian.

Tanah runtuh merupakan kejadian geologi  yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek, lihat aliran. Walaupun graviti bertindak pada cerun curam merupakan punca utama tanah runtuh, terdapat faktor tambahan lain, iaitu :

Ø  Hakisan oleh sungaiglasier, atau ombak laut yang menghasilkan cerun curam
Ø  Cerun batu atau tanah yang lemah akibat tepu oleh cairan salji atau hujan lebat
Ø  Gempa bumi yang menghasilkan ketegangan yang menyebabkan cerun lemah runtuh (lihat pencairan (liquefaction)
Ø  Letusan gunung berapi menghasilkan mendakan abu, hujan lebat, dan aliran sampah.
Ø  Gegaran dari mesin, trafik, bahan letupan, malah guruh mungkin mencetuskan keruntuhan cerun lemah.

Ø  Berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji, timbunan batu atau bijih, daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh dan struktur lain
Ø  Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil
Ø  Pada tanah cetek, penebangan tumbuhan berakar dalam yang mengikat colluvium kepada batu asas.
Bahan di cerun yang menjadi tepu dengan air boleh membentuk aliran sampah atau aliran lumpur. Campuran pekat batu dan lumpur mungkin menghanyutkan pokok, rumah, dan kereta, dengan itu menghalang jambatan dan aliran sungai menyebabkan banjir sepanjang laluannya.
Sama juga, air batu floes boleh terbentuk dalam sungai yang tersumbat dengan air batu, tetapi mengalir lebih perlahan. Walaubagaimanapun, ia mampu menghasilkan tenaga yang mencukupi bagi meruntuhkan jambatan.

Penutup

            Setelah kita mengetahui jenis-jenis bencana, dapatlah kita simpulkan bahawa tidak semua bencana adalah disebabkan oleh alam itu sendiri tetapi ia juga melibatkan pengaruh manusia terhadap alam. Ini termasuk aktiviti manusia seperti penerokaan, pembalakan dan kegiatan lain. Aktiviti-aktiviti manusia ini sebenarnya mengganggu ekosistem alam terutamanya hutan. Apabila semakin banyak pokok ditebang maka tiada lagi kawasan tadahan hujan dan tanah di kawasan-kawasan bukit tidak lagi dicengkam seterusnya menyebabkan berlakunya tanah runtuh.  Kejadian bencana alam seperti ini dapat kita elakkan sebenarnya sekiranya kita mengambil berat dengan alam sekeliling kita.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan