Pengenalan
Ada beberapa kejadian bencana yang
berlaku tetapi secara mudahnya ia terbahagi kepada dua iaitu bencana semula
jadi atau bencana alam dan satu lagi, disebabkan oleh faktor manusia. Antara
bencana yang biasa berlaku ialah gempa bumi, letusan gunung berapi, angin
puting beliung atau tornado, kemarau, banjir, tanah runtuh, tsunami, ribut
tropika dan kebakaran hutan.
Daripada semua contoh-contoh tersebut,
sebahagiannya ialah bencana alam, satu kejadian yang berlaku disebabkan sifat
alam yang dinamik dan bencana seperti ini adalah tidak dapat dielakkan oleh
manusia. Sebagai contoh, kejadian gempa bumi dan tsunami.
Kejadian-kejadian bencana alam adalah
merupakan tragedi yang sukar dan melibatkan kehilangan nyawa serta kemusnahan harta benda, terdapat
beberapa kejadian disebabkan manusia sebagai pencetus atau puncanya. Sebagai contoh,
banjir dan tanah runtuh biasanya berlaku kerana gangguan oleh manusia yang
menyebabkan kerosakan kepada struktur muka bumi.
Jenis-jenis Bencana
1. Kemarau
Kemarau ialah satu tempoh cuaca kering yang
berpanjangan dengan terdapat sedikit hujan atau tiada
hujan langsung. Ia boleh memberi kesan
besar terhadap ekosistem dan pertanian kawasan yang
terbabit.
Di
samping itu, kemarau juga boleh didefinisikan sebagai satu keadaan di mana
jumlah sejat peluhan yang melebihi jumlah kerpasan yang turun untuk satu tempoh
yang lama atau panjang. Kemarau boleh dibahagikan kepada empat jenis. Pertama,
kemarau kekal iaitu kemarau yang hanya terdapat di gurun panas yang
kering-kontang, dan tandus-gersang. Kedua, kemarau bermusim yang mana hanya
beberapa bulan dalam setahun tanpa hujan atau jumlah hujan yang turun sedikit.
Ketiga ialah kemarau kontigen, kemarau yang berlaku akibat hujan yang dijangka
lewat tiba atau tidak turun pada tempohnya. Keempat, kemarau tidak nyata iaitu
berlaku di mana-mana tempat dan masa apabila wujudnya keadaan kadar sejatan
melebihi jumlah hujan yang turun.
Faktor-faktor berlakunya kemarau boleh dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu faktor semulajadi dan faktor tindakan manusia. Faktor
semulajadi berlakunya kemarau ialah fenomena El-nino yang dikaitkan dengan
kenaikan suhu Lautan Pasifik yang berupaya mengubah,melemah dan menghentikan
tiupan angin timuran yang membawa hujan yang lebat ke tempat yang terlibat.
Selain EL-nino, suhu yang panas turut menyebabkan kemarau, suhu yang panas
menyebabkan udara menjadi lebih kering, lembapan tanih dan akuifer kekurangan
air serta proses transpirasi tumbuhan berkurangan sekaligus mengurangkan
peratus kelembapan udara dan keberangkalian hujan turun adalah amat tipis.
Selain daripada itu, perubahan cuaca kesan pertukaran angin monsun turut
menyumbang kepada berlakunya kemarau.
Faktor
manusia pula ialah pembangunan yang terlalu mendesak telah menyebabkan hutan
diteroka dengan rakus, bukit digondol untuk pembinaan petempatan dan
perindustrian sehingga manusia lupa tentang pentingnya keseimbangan air dan
kitaran hidrologi dikekalkan.
Kemarau boleh membawa ancaman kepada manusia. Salah satu
daripada ancaman terbesar bagi manusia ialah apabila kemarau berlaku di kawasan
pertanian yang biasanya kurang menerima air hujan. Ini menyebabkan kawasan
tersebut menjadi kering. Apabila ini berlaku, hasil yang didapati akan berkurangan,
menyebabkan harga makanan melambung tinggi dan juga kekurangan makanan serta
berlakunya kemarau. Pada masa yang sama, air untuk minum juga akan berkurangan.
Ini boleh menjejas kesihatan orang ramai.
Di negara yang sedang membangun, masalah
kemarau boleh mengakibatkan berlakunya penyakit-penyakit serta kemelut politik.
Apabila jumlah penduduk meningkat, penggunaan air dan keperluan makanan akan
meningkat lalu menyebabkan berlakunya kemarau. Tambahan pula, apabila kawasan
pertanian menjadi kering semasa kemarau, risiko kebakaran akan meningkat, lalu
mengancam tempat-tempat tinggal, tanam-tanaman dan juga nyawa manusia serta
kehidupan-kehidupan lain.
2. Gempa Bumi
Gempa bumi, adalah suatu fenomena
pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh
pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi
berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu,
tiba-tiba terlepas.
Di samping itu, gempa bumi juga merupakan hasil tenaga yang dilepaskan secara
mengejut disebabkan perubahan dalam kerak bumi. Perubahan ini menyebabkan tanah
bergegar dan menghasilkan gegaran yang bergerak keluar daripada titik tumpu
gempa. Titik tumpu merupakan lokasi "punca" di dalam tanah di mana
tenaga gempa bumi dibebaskan. Lokasi di atas tanah pada titik tumpu gempa bumi
dikenali sebagai 'epicenter'.
Gempa
bumi lebih kerap dijumpai di kawasan pinggiran plak tetonik, di mana pergeseran
antara kepingan kerak bumi atau letupan gunung berapi akan menyebabkan peralihan tanah yang besar.
Peralihan tanah yang besar secara mengejut ini akan menyebabkan berlakunya
gempa bumi. Antara kawasan yang kerap mengalami gempa bumi adalah sekitar
Cincin Api Pasifik. "Pacific Ring of Fire". Lingkaran Cincin Api
Pasifik merupakan sempadan pertembungan antara dua plak tetonik. Negara Indonesia yang merupakan jiran Malaysia, turut mempunyai beberapa gunung berapi yang aktif dan kawasan yang berhampiran gunung berapi sering turut mengalami gempa bumi.
Gempa
bumi boleh terhasil oleh proses alam semulajadi mengejut seperti letupan gunung
berapi, dan hentaman meteor. Bagaimanapun gempa bumi kebanyakannya
disebabkan oleh pembebasan mengejut tekanan yang terkumpul dalam tempoh panjang
dalam batu jauh di bawah permukaan bumi. Tekanan ini mungkin berpunca daripada
pergerakan plat tetonik sepanjang garis rekahan, dan lantunan glasiar yang
dikenali sebagai "isostatic".
Kerak
bumi boleh membengkok dan berlipat. Ketika proses ini berlaku, batu-batan yang
keras akan pecah kepada blok sepanjang zon lemah. Apabila dua bahagian batu
berselisih secara melintang atau menegak, pergerakan ini dikenali sebagai
"faulting". "Faulting" boleh berlaku pada skala yang kecil
atau berskala besar. "Faulting" pada skala kecil biasanya berlaku
jauh di bawah tanah dan tidak kelihatan ketara pada permukaan bumi.
Lantunan "Iisostatic" merupakan satu lagi punca gempa
bumi. Lantunan "Iisostatic" merujuk kepada tanah yang terbenam
ditindih lapisan air batu yang tebal dan berat, melantun naik semula disebabkan
lapisan air batu yang terkumpul di bahagian atas telah cair atau beralih.
Pergerakan lantunan "Iisostatic" akan terus berlaku, menyebabkan
gempa bumi sehinggalah selagi tekanan sekata tercapai pada kerak bumi.
Gempa
bumi juga boleh disebabkan oleh aktiviti manusia seperti pembinaan empangan
yang berskala besar. Jumlah isipadu air yang
terkumpul menyebabkan tekanan tinggi pada lapisan bumi di dasar empangan
menyebabkan berlakunya lantunan "Iisostatic" yang menyebabkan
berlakunya gempa bumi sehinggalah tekanan sekata tercapai pada kerak bumi.
Gegaran
seismic yang dihasilkan oleh gempa bumi direkodkan oleh satu peralatan khas
yang dipanggil "seismograf". Bacaan daripada 3 seismograf paling
minima yang terletak pada lokasi yang berlainan mesti di ukur untuk menentukan
titik tumpu gempa bumi. Bacaan seismograf juga boleh digunakan untuk menentukan
saiz gempa bumi.
Gempa bumi besar pada abad ke-20
Tarikh
|
Kawasan
|
Kekuatan (skala Richter)
|
Ulasan
|
|
|
8.9
|
Gempa bumi tektonik disertai
Tsunami mangakibatkan ratusan ribu penduduk Jepun termasuk Tokyo mengalami
rosak teruk dan paling ngeri dalam 140 Tahun.
|
|
|
7.7
|
|
|
|
7.9
|
|
|
|
6.2
|
|
|
|
8.9
|
Disertai oleh tsunami, ini merupakan gempa bumi yang paling kuat dalam dekad itu.
|
|
|
6.5
|
Menyebabkan lebih 41,000 terbunuh.
|
|
|
5.8
|
Menyebabkan lebih 1,000 orang mati.
|
|
|
7.9
|
Menyebabkan sekurang-kurangnya 2,500 maut biarpun ada
meletakkan angka korban seramai 13,000 orang.
|
|
|
7.6
|
Menyebabkan 2,400 maut.
|
|
|
7.4
|
Meragut 17,000 nyawa.
|
|
|
6.0
|
Meragut 1,171 nyawa.
|
|
|
6.9
|
Menyebabkan seramai 5,000 orang terbunuh.
|
|
|
7.2
|
Meragut 6,000 nyawa.
|
|
|
6.0
|
Menyebabkan seramai 1,000 mati.
|
|
|
7.3
|
Meragut 50,000 nyawa.
|
|
|
6.9
|
Menyebabkan 25,000 maut.
|
|
|
8.1
|
Meragut lebih 9,500 nyawa.
|
|
|
7.7
|
Menyebabkan 25,000 maut.
|
|
|
7.8
|
Menyebabkan 240,000 orang terbunuh.
|
|
|
7.5
|
Menyebabkan 22,778 terbunuh.
|
|
barat daya pesisiran pantai Atlantik diMaghribi
|
5.7
|
Menyebabkan kira-kira 12,000 maut dan memusnahkan
keseluruhan bandar Agadir.
|
|
|
7.9
|
Menyebabkan 33,000 orang maut.
|
|
|
8.3
|
Menyebabkan 28,000 maut.
|
|
|
7.5
|
Meragut 50,000 nyawa.
|
|
|
8.3
|
Meragut sekurang-kurangnya 140,000 nyawa.
|
§
Sumber:
Associated Press
Gempa
bumi yang berlaku di dasar laut juga mampu menghasilkan gelombang air laut yang
besar yang dikenali sebagai "tidal wave" atau "tsunami".
Gelombang ombak besar tsunami ini
akan menghentam kampung atau bandar berhampiran dengan laut dan mengakibatkan
kerosakan dan kehilangan jiwa yang besar.
3. Tsunami
Istilah tsunami' menerangkan satu siri ombak
lautan yang panjang yang terbentuk selepas sejumlah isipadu air dipindahkan
secara tiba-tiba. Tsunami adalah daripada perkataan Jepun, dan apabila
disalinkan ke Inggeris, ia bermaksud Harbour (tsu) wave (nami). Istilah ini
pada mulanya digunakan oleh nelayan Jepun untuk menerangkan kemusnahkan yang
dilakukan ombak besar yang mana boleh menghapuskan seluruh kawasan pengkalan
kapal. Yang anehnya mereka tidak mengalami sedikit pun kesan tsunami pada
bot-bot mereka di laut.
Tsunami-tsunami adalah ombak-ombak mempunyai
ciri-ciri pergerakan yang pantas, kadang-kadang mempunyai ketinggian ombak yang
tinggi, dan jarak ombak panjang oleh itu tsunami-tsunami adalah seharusnya
ombak-ombak raksasa.
Dalam lautan dalam,
tsunami-tsunami jarang dirasakan kerana mereka ditutupi oleh kebesaran /
keluasan lautan yang lainnya. Walau
bagaimanapun, tsunami-tsunami memang boleh menghancurkan apabila jarak jauh di
bawah lautan semakin kurang apabila menuju ke darat. Kelajuan pergerakan
tsunami juga merupakan suatu ciri yang hebat. Tsunami boleh bergerak di
sepanjang lautan dengan sangat pantas, biasanya dari 500 ke 1000 kilometer
sejam, dengan tenaganya yang agak konsisten dan agak sukar kelihatan di laut.
Ini adalah sebabnya, mengapa tsunami dihasilkan dari satu kawasan dan boleh
memberi kesan ke kawasan-kawasan yang beribu-ribu kilometer jauhnya.
Terdapat empat faktor yang boleh menyebabkan berlakunya tsunami iaitu,
letusan gunung berapi, tanah runtuh, gempa bumi dasar laut dan Extraterestrial collision. Gempa bumi di
dasar laut merupakan bentuk penghasilan tsunami yang paling biasa, biasanya
menghasilkan tsunami-tsunami yang sangat menghancurkan. Bumi senantiasa
bergerak pada atas “tectonic plates” yang besar. Apabila “tectonic plates”
bergerak melalui satu dengan yang lain, berlanggar dan masuk ke bawah dengan
satu yang lain, gempa bumi terjadi. Ini yang terjadi dengan tsunami yang telah
berlaku di Selatan Asia baru-baru ini.
Tanah
runtuh disebabkan kejatuhan batu, ais, atau dibawah air (submarin) tanah runtuh
atau tanah menurun dengan tiba-tiba boleh menyebabkan perpindahan air untuk
menghasilkan tsunami. Tanah runtuh submarine biasanya disebabkan oleh gempa
bumi, besar dan kecil, oleh itu menguatkan kuasa satu gempa bumi mengakibatkan
tsunami. Satu contoh tanah runtuh yang telah mengakibatkan tsunami ialah pada
tahun 1980an di Selatan Francis di mana gerakan tanah yang sangat nyata untuk
pembangunan sebuah lapangan terbang menyebabkan tanah runtuh dibawah air, yang
mengakibatkan ombak-ombak tsunami yang menghancurkan dan melanda pelabuhan
Thebes.
Letupan
gunung berapi walaupun jarang berlaku, letupan gunung berapi yang menghancurkan
juga mewakili kekacauan yang mendadak, yang mana boleh memindahkan isipadu air
yang banyak / besar dan menghasilkan ombak-ombak tsunami yang sangat
memusnahkan di kawasan sumber yang terdekat.
Gangguan
gunung berapi boleh menghasilkan ombak-ombak dengan pemindahan air yang
tiba-tiba disebabkan oleh letupan gunung berapi. Kebanyakan tsunami-tsunami
yang terjadi di Lautan Pacifik terjadi disekitar “Ring of Fire” kawasan
lingkungan kepulauan Hawaii. Kawasan tersebut digelar sebagai “Ring of Fire”
kerana bilangan gunung-gunung berapi yang aktif terlalu banyak.
Sejak
1819, lebih 40 tsunami-tsunami melanda kepulauan Hawaii. Salah satu daripada
tsunami yang terbesar dan menghancurkan yang pernah direkodkan ialah terjadi pada
26hb Ogos, 1883 selepas letupan dan keruntuhan gunung berapi Kratatoa di
Indonesia. Letupan ini mengakibatkan ombak-ombak mencapai ketinggian 135 kaki,
memusnahkan perkampungan dan pekan-pekan di sepanjang pantai sunda di kedua-dua
kepulauan Jawa dan Sumatera, membunuh 36,417 orang.
Extraterrestrial
Collision tsunami-tsunami
disebabkan oleh “extraterrestrial collision” (iaitu asteroids, meteors) adalah
kejadian yang paling jarang berlaku. Walupun tidak ada “meteor” menghasilkan
tsunami yang pernah direkodkan dalam sejarah baru-baru ini, para saintis
menyedari bahawa jika “meteor” memukul laut, satu isipadu air yang sememangnya
dipindahkan untuk menyebabkan satu tsunami.
Para
saintis telah mengira jika satu “asteroid” yang sederhana besar, 5-6km dalam garis
pusat (diameter) akan memukul ditengah lautan besar seperti Lautan Atlantik, ia
akan menghasilkan satu tsunami, yang akan terus bergerak melanda ke kawasan
pergunungan Appalachian di bahagian atas dua pertiga daripada Amerika Syarikat.
Pada kedua bahagian Atlantik, bandar-bandar di kawasan pantai akan disapu habis
oleh tsunami.
Asteroid
yang berukuran 5-6 kilometer dari garis pusat apabila berlaku diantara
kepulauan Hawaii dan pantai Utara Amerika, akan menyebabkan satu tsunami yang
mana boleh melanda bandar-bandar di pantai Barat Canada, Amerika Syarikat dan
Mexico dan akan melanda kebanyakan kawasan tempat tinggal di kawasan pantai
kepulauan Hawaii.