Isnin, 6 Januari 2014

Perbandingan Antara KBSR 2003 Dengan KSSR 2010


Matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KBSR) dengan Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).


                                              Perbezaan Matlamat 



                                                                             KBSR

Matlamat kurikulum bahasa Melayu sekolah rendah  adalah untuk melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperolehi ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian.

KSSR

Matlamat  standard kurikulum bahasa Malaysia sekolah rendah digubal untuk membolehkan murid berketrampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan seharian.




 Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah  Rendah (KBSR) dengan Dokumen Kurikulum Standard Sekolah  Rendah (KSSR).


PERBEZAAN  SUKATAN  PELAJARAN
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah(KBSR)
Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Mempunyai Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan

Berasaskan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
Berasaskan teks
Menggunakan pendekatan modular

Mementingkan penguasaan kemahiran berbahasa
Menitikberatkan kemahiran berbahasa, aspek seni bahasa dan tatabahasa


Hanya ada aras dalam Huraian Sukatan Pelajaran

Tidak ada aras

Mempunyai dua dokumen yang perlu diteliti iaitu sukatan pelajaran dan Huraian sukatan pelajaran

Hanya satu dokumen


Terdapat dua sukatan iaitu Sekolah Rendah dan Sekolah Jenis Kebangsaan




Hanya satu dokumen yang perlu diteliti


Terdapat tema yang disediakan





























Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa   Melayu Sekolah Rendah(KBSR) dengan  Fokus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Perbezaan

Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KBSR)

Fokus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
1.    Kemahiran Bahasa
-Kemahiran Lisan
-Kemahiran Membaca
-kemahiran Menulis

2. Hasil Pembelajaran
-Merupakan pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa.

3. Sistem Bahasa
-Tatabahasa
-Sistem Ejaan
-Sebutan Dan Intonasi
-Kosa Kata
-Peribahasa

4. Pengisian Kurikulum
-Pengetahuan
-Nilai
-Kewarganegaraan
-Peraturan Sosiobudaya
-Kemahiran Bernilai Tambah

5. Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran.
-Pendekatan Berpusatkan Murid
-Kepelbagaian Teknik
-Kepelbagaian Sumber Bahan
-Penggunaan Tatabahasa Yang Tepat
-Bacaan Luas





6. Penekanan Konsep 5 P.
-Penggabungjalinan
-Penyerapan
-Pengayaan
-Pemulihan
-Penilaian
1. Kemahiran Bahasa
-Kemahiran Lisan
-Kemahiran Membaca
-Kemahiran Menulis

2. Standard Kurikulum
-Standard Kandungan
-Standard Pembelajaran

3. Aspek Seni Bahasa
-Keupayaan murid memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran didik hibur

4. Aspek Tatabahasa
-Keupayaan murid mengungkapkan tatabahasa dengan betul.

5. Sistem Bahasa
-Tatabahasa
-Tanda Baca
-Sistem Ejaan
-Sebutan Dan Intonasi
-Kosa Kata
-Peribahasa

6. Pengisian Kurikulum
-Ilmu
-Nilai Murni
-Kewarganegaraan
-Peraturan Sosiobudaya
-Kemahiran Bernilai Tambah



7. Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran.
-Pendekatan Berpusatkan Murid
-Kepelbagaian Teknik
-Kepelbagaian Sumber Bahan
-Penggunaan Sistem Bahasa
-Bacaan Luas

8. Penekanan Konsep 5P
-Penggabungjalinan
-Penyerapan
-Penilaian
-Pengayaan
-Pemulihan










Tiada ulasan:

Catat Ulasan